TYH & Co. Affordable Divorce & Family Law Firm KL & Selangor

离婚律师 Divorce Lawyer In KL & Selangor, Malaysia Contact Our Divorce Lawyer 016-947 3338 For Free Quotation & Legal Advice

Hak-Hak Suami Selepas Perceraian Bagi Orang Beragama Islam Di Malaysia

Hak-Hak Suami Selepas Perceraian Bagi Orang Beragama Islam Di Malaysia oleh TYH & Co. Muslim Divorce In KL Selangor Malaysia

Hak-Hak Suami Selepas Perceraian Bagi Orang Beragama Islam Di Malaysia

Seringkali apabila berlaku perceraian hak seorang isteri menjadi tumpuan utama dalam sebuah tuntutan. Tetapi hak suami sentiasa kurang diberi perhatian seperti dalam isu isteri kerana lelaki dilihat sebagai seorang yang kuat dari segi mental dan fizikal ketika menghadapi perceraian. Namun begitu, seorang suami juga mempunyai hak-hak yang boleh dituntut selepas berlaku perceraian. Hak-hak suami selepas perceraian bagi orang beragama Islam di Malaysia ialah:-

1. Harta sepencarian

Harta sepencarian merujuk kepada semua harta-benda termasuk rumah, tanah, kereta, barang kemas, perabot, simpanan, wang ringgit, dan apa sahaja benda berharga yang diperolehi secara bersama oleh pasangan suami isteri semasa perkahwinan mereka masih berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’. Secara ringkasnya apa sahaja yang diperolehi sepanjang tempoh perkahwinan adalah dianggap sebagai harta sepencarian walaupun cuma salah seorang daripada suami isteri yang bekerja.

Sebagai contoh, sepanjang berkahwin cuma isteri yang bekerja sedangkan suami tidak mempunyai sebarang pendapatan. Sungguh pun cuma isteri yang mempunyai mata pendapatan semasa berkahwin dan harta yang dimiliki dibeli menggunakan duit isteri, ianya masih dianggap sebagai harta sepencarian dan sebaik sahaja perkahwinan mereka berakhir ianya perlu dibahagikan mengikut hukum syarak.

Seksyen 2 EUUKIS 2003 memperuntukkan Harta sepencarian sebagai harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Seksyen 122 (1) EUUKIS 2003 menunjukkan bahawa Mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

Pembahagian harta sepencarian terbahagi kepada 2 iaitu Sumbangan secara langsung dan sumbangan secara tidak langsung. Di Bawah Seksyen 122 (2) EUUKIS 2003 Mahkamah akan menilai takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperolehi aset-aset itu, apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka serta keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu jika ada, tertakluk kepada pertimbangan- pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang sama banyak.

2. Hadhanah

Hadhanah bermaksud hak penjagaan ke atas anak-anak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri tanpa penjagaan orang dewasa. Mengikut Hukum Syara’ dan Undang-undang keluarga Islam yang berkuatkuasa di Malaysia, ibu adalah orang yang paling berhak untuk mendapat hak penjagaan ke atas anak-anaknya yang masih kecil iaitu berumur di bawah umur 7 tahun bagi anak lelaki dan 9 tahun bagi anak perempuan. Bagi anak yang melebihi had umur yang dinyatakan di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan ke atas anak tersebut, mahkamah akan menentukan siapa yang berhak untuk mendapat hak jagaan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak-anak tersebut samada hendak tinggal bersama ibu atau bapa sepertimana yang telah diperuntukkan dalam Seksyen 85 (1) EUUKIS.

Mengikut seksyen 82 (1) EUUKIS 2003 menyatakan bahawa IBU adalah orang yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan. Seksyen 82 (2) EUUKIS memperuntukkan jika Mahkamah mendapati ibu telah hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak dari mempunyai hak terhadap hadhanah atau penjagaan anaknya, maka hak itu hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan dalam carta dibawah dari (a) hingga (l) berikut:

Hak Suami Selepas Cerai Bagi Orang Beragama Islam Di Malaysia TYH & Co.
(3) Tiada seseorang lelaki berhak terhadap penjagaan seseorang kanak-kanak perempuan melainkan lelaki itu adalah seorang muhrim, iaitu, dia mempunyai pertalian dengan kanak- kanak perempuan itu dalam mana dia dilarang berkahwin dengannya.

Tuntutan hak jagaan anak atau Hadhanah boleh dibuat oleh suami di Mahkamah Tinggi Syariah kawasan yang mempunyai bidang kuasa ke atas rumah tangga yang dibubarkan manakala Harta sepencarian boleh dituntut oleh suami di Mahkamah yang mempunyai berbidangkuasa ke atas pernikahan mereka.

Dapatkan Konsultasi Secara Percuma Dan Sebut Harga Daripada Peguam Syarie Kami Sekarang

Peguam syarie kami akan menghubungi dan memberi konsultasi kepada anda dalam masa 2 jam bekerja melalui WhatsApp/SMS.

Like this:

Like Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: