TYH & Co. Affordable Divorce & Family Law Firm KL & Selangor

离婚律师 Divorce Lawyer In KL & Selangor, Malaysia Contact Our Divorce Lawyer 016-947 3338 For Free Quotation & Legal Advice

Hak-Hak Isteri Selepas Perceraian Bagi Orang Beragama Islam Di Malaysia

HAK-HAK ISTERI SELEPAS PERCERAIAN BAGI ORANG BERAGAMA ISLAM DI MALAYSIA oleh Peguam Syarie KL Selangor Malaysia TYH & Co.

Hak-Hak Isteri Selepas Perceraian Bagi Orang Beragama Islam Di Malaysia

1) Nafkah Iddah

Iddah merupakan tempoh menunggu yang wajib bagi isteri yang diceraikan atau kematian suami. Dalam tempoh iddah ini, bekas isteri diharamkan berkahwin dengan orang lain.

Tujuan dikenakan iddah ialah bagi memastikan rahim wanita tersebut suci daripada sebarang janin bagi mengelakkan ketidakpastian nasab sebenar anak jika perkahwinan baru dengan lelaki lain berlaku.

Manakala Nafkah Iddah adalah nafkah yang wajib disediakan kepada bekas isteri semasa tempoh iddah talak raji’e (Talak satu dan dua). Dari segi Istilah Fuqaha adalah suatu tempoh di mana perempuan menunggu bagi mengetahui kebersihan rahimnya atau bagi pengabdian kepada Allah S.W.T. atau kerana rasa dukacita atas suaminya.

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 228
“ ۚ وَ الْمُطَلَّقَاتُ یَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِھِنَّ ثَلاَ ثَةَ قُرُوء

Maksudnya: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri, (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).

Firman Allah S.W.T dalam Surah At-Talaq ayat 6
أَسْكِنُوھُنَّ مِنْ حَیْثُ سَكَنْتُمْ مِنْ وُجْدِكُمْ وَلاَ تُضَارُّوھُنَّ لِتُضَیِّقُوا عَلَي

Maksudnya: “Tempatkanlah isteri-isteri yang menjalani ‘iddahnya itu ditempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka di tempat tinggal itu dan tujuan menyusahkan kedudukan mereka supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu”

Seksyen 60 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (EUUKIS) menyatakan
“ Tertakluk kepada Hukum Syarak Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.”

• Bentuk nafkah yang patut disediakan oleh suami kepada isteri yang diceraikan ialah
TALAK RAJIE (talak 1 & 2) TALAK BAIN TIDAK DISETUBUHI
• Menyediakan makanan
• Hanya layak mendapat kemudahan tempat tinggal
• TIDAK LAYAK MENDAPAT APA-APA NAFKAH
• Menyediakan pakaian
• Sekiranya isteri diceraikan itu hamil maka dia layak mendapat segala kemudahan seperti diceraikan talak rajie
• Menyediakan tempat tinggal
• Menyediakan belanja-belanja lain (seperti perubatan)

Nafkah iddah seorang bekas isteri itu terhenti tertakluk kepada seksyen 66 EUUKIS 2003 apabila isteri tersebut telah tamat iddahnya.

2) Mut’ah (pemberian sagu hati)

Seksyen 2 EUUKIS 2003 memperuntukan yang Mut’ah membawa maksud bayaran sagu hati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan. Kebanyakan kes Mut’ah yang pernah diputuskan memutuskan bahawa mutaah ialah sesuatu yang wajib dibayar oleh defendan kepada plaintif dan kadar pembayaran dibuat berdasarkan beberapa faktor yang diambil kira. Seperti yang tertera dalam Surah Al-Baqarah ayat 241 firman Allah S.W.T yang bermaksud“Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) Mutaah menurut yang ma’aruf sebagai suatu kewajiban bagi orang-orang yang bertaqwa”

Mut’ah telah diperuntukkan dalam seksyen 58 EUUKIS 2003 yang menyatakan Seksyen 58- Mut’ah atau pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut. Selain daripada haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut’ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.

Kadar Mut’ah
Islam tidak menetapkan kerana dasar penetapannya ini tertakluk kepada persetujuan suami dan isteri. Jika kadarnya menjadi isu pertelingkahan antara suami dan isteri, maka Mahkamah Syariah akan memutuskan kadar yang patut berdasarkan kemampuan suami.
Oleh itu, jumlah yang dituntut haruslah berkadaran dan wajar mengikut kemampuan defendan melalui bukti yang dikemukakan kepada mahkamah dan jumlah tersebut sedikit sebanyak mampu menghapuskan duka di hati seorang isteri. Menurut kes Jaliah lawan Abu Bakar, hakim telah menggunakan formula berkenaan dalam memutuskan jumlah mut’ah. Formula yang digunakan Hakim dalam kes ini adalah dengan mengira peruntukan nafkah sebulan yang diberikan oleh suami kepada isteri semasa perkahwinan kemudian didarabkan dengan tempoh perkahwinan.

3) Harta Sepencarian

Seksyen 2 EUUKIS 2003 memperuntukkan Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.

Seksyen 122 (1) EUUKIS 2003 memperuntukkan Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

Pembahagian harta sepencarian terbahagi kepada 2 iaitu: –
● Sumbangan secara langsung (Berbentuk kewangan)
Seksyen 122 (2) EUUKIS 2003 Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang—

a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperolehi aset-aset itu;

b) apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka;

c) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada, dan, tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang sama banyak

● Sumbangan secara tidak langsung

i. berbentuk perhatian dalam rumahtangga seperti menjaga kebajikan keluarga, memelihara rumah tangga serta menjaga keperluan keluarga termasuk anak-anak. Seperti suri rumah yang menjaga kebajikan kelaurga tersebut.

4) Hadhanah (hak jagaan anak)

Hak jagaan anak sama ada anak lelaki atau perempuan yang masih kecil yang belum boleh berdikari dan belum berupaya menguruskan diri sendiri

Mengikut seksyen 82 (1) EUUKIS 2003 menyatakan ibu adalah orang yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

Seksyen 82 (2) EUUKIS Jika Mahkamah mendapati ibu telah hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak dari mempunyai hak terhadap hadhanah atau penjagaan anaknya, maka hak itu hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan dalam carta dibawah dari (a) hingga (l) berikut

Carta susunan keutamaan hak penjagaan
(3) Tiada seseorang lelaki berhak terhadap penjagaan seseorang kanak-kanak perempuan melainkan lelaki itu adalah seorang muhrim, iaitu, dia mempunyai pertalian dengan kanak-kanak perempuan itu dalam mana dia dilarang berkahwin dengannya.
Seksyen 83 EUUKIS 2003 menyatakan tentang syarat kelayakan yang patut dimiliki untuk penjagaan anak
a) Islam;
b) Sempurna akal;
c) berumur yang melayakkan dia memberi kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu;
d) berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan
e) tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

Seksyen 84 EUUKIS 2003 ( bagaimana hilang hak penjagaan)
Seseorang wanita itu boleh hilang hak penjagaan apabila: –
a) jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu (bukan mahram kanak-kanak itu), jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;
b) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;
c) jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;
d) jika perempuan itu murtad (keluar daripada Islam);
e) jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.

Seksyen 85 EUUKIS (tempoh penjagaan)

(1) Lelaki- 7 tahun, jika dibuat permohonan Mahkamah membenarkan sehingga 9 tahun
Perempuan- 9 tahun, jika dibuat permohonan Mahkamah membenarkan sehingga 11 tahun

(2) Setelah tamatnya hak hadinah, penjagaan adalah turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.

5) Nafkah Anak

Seksyen 73 EUUKIS 2003 memperuntukkan suatu nafkah yang wajib ke atas seseorang lelaki bagi menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan orang lain. Nafkah ini termasuk makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan mengikut kemampuan. Wajib bagi seorang BAPA untuk menanggung nafkah anaknya dan sekiranya tiada bapa, maka tanggungan itu akan berpindah mengikut susunan tertib wali.

6) Tunggakan Nafkah

Apa itu tunggakan nafkah?
J: Tunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak diberikan suami kepada isteri dalam tempoh perkahwinan lalu menjadi hutang ke atas suaminya dan adalah wajib untuk dibayar.

Seksyen 70 EUUKIS 2003

● Tunggakan nafkah boleh dituntut sebagai suatu hutang dari pihak yang mungkir
● Tuntutan ini hendaklah dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat
● Tunggakan boleh dibuktikan dalam kebankrapannya dan jika terkumpul hendaklah dibayar sebelum mati
● Sekiranya yang berhutang mati, hendaklah dibayar oleh harta pusakanya (FARAID)
● Yang dihutang berhak untuk menuntut hutang oleh wakil diri di sisi undang-undang orang yang berhutang itu.

7) Hak tempat tinggal

Seksyen 72 EUUKIS 2003

(1) Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isteri.

(2) Hak tempat tinggal itu tersebut akan terhenti bila: –

a) Jika tamat tempoh iddah;
b) Jika tempoh penjagaan anak telah tamat;
c) Jika perempuan itu berkahwin semula; atau
d) Jika perempuan itu bersalah melakukan perbuatan yang memberahikan (sensual) secara terbuka

Harus diingati nafkah iddah jika tidak dituntut maka akan menjadi hutang kepada suami terhadap isteri yang diceraikan, tetapi jika hak tempat tinggal tidak dituntut semasa dalam iddah maka ia akan terluput. Ini telah dinyatakan oleh Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes Noor Bee Lwn. Ahmad Shanusi (1978 Jld. 1 J.H.).

Dapatkan Konsultasi Secara Percuma Dan Sebut Harga Daripada Peguam Syarie Kami Sekarang

Peguam syarie kami akan menghubungi dan memberi konsultasi kepada anda dalam masa 2 jam bekerja melalui WhatsApp/SMS.

Like this:

Like Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: